2014年3月26日星期三

Sains dalam kehidupan

这是我做的powerpoint比赛的scrennshot











Makanan dan Amalan Pemakan Pemakanan B6D2E1

Makanan dan Amalan Pemakan Pemakanan B6D2E1

Kepentingan makan makanan berkhasiat
Kepentingan makan makanan berkhasiat ialah mengelakkan  penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung .Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan. penduduk sini memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja. Orang yang terlalu banyak makan gula seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.
Amalan pemakanan yang teratur
Jangan makan IKAN bersama SUSU.Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS.Jangan makan SUSU bersama CUKA.Jangan makan CUKA bersama IKAN.Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH.Jangan makan BUAH bersama SUSU.Jangan makanan selepas waktu makan danjangan menunggu lapar baru makan.Sila makan pelbagai jenis makanan untuk mandapat khasiat yang secukupnya.  
Perancangan  gizi seimbang
Waktu makan
Kelas makanan
Contoh makanan


Sarapan
Karbohidrat
Mee
Pelawas
Epal
Vitamin
Lemak
Telur goreng
Garam mineral
Protein
Sup kacang
Air


Tengah hari
Karbohidrat
Nasi putih
Pelawas
Sup jagung
Air
Lemak
Ikan bilis goreng
Garam mineral
Protein
Daging ayam
Vitamin
Limau jus


Makan
 malam
Karbohidrat
Kuey tiao
Pelawas
Pisang
Air

Kambing sup
Lemak
Garam mineral
Protein
Susu
Vitamin


Pengaitan adab makanan yang menepati sentiviti dan kepercayaan agama
Islam
Bagi penganut agama Islam diharamkan memakan daging babi dan meminum arak. Makan makanan yang halal dan bersih sangat-sangat penting bagi setiap orang Muslim . Makanan yang halal tidak saja bermaksud, daging dari binatang yang halal dimakan, tetapi juga mencakupi keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut, seperti penggunaan peralatan yang bersih dari segi Islam dan juga proses penyembelihan mengikut kaedah Islam.Kategory Makan yang Halal dimakan ialah semua jenis buah-buahan dan  sayur-sayuran yang bersih.Selain itu,semua kehidupan laut yang tidak beracun dan binatang yang disembelih dengan Nama Allah.Kategori makanan yang Haram dimakan ialah binatang yang mati dengan sendiri dan kemalangan serta dibunuh.Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang beracun dan kotor


Buddha
Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang, hasil laut, burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh membunuh atau mencederakan sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila seorang manusia membunuh seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut.Oleh kerana sebab-sebab di atas dan oleh kerana banyak sebab yang lain, agama Buddha melarang umatnya untuk makan daging binatang . Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah seperti halia, bawang, bawang putih dan sebagainya dilarang untuk dimakan oleh pengikut agama Buddha. Tumbuh-tumbuhan tersebut hanya perlu dimakan oleh manusia yang makan daging supaya daging yang mereka makan dapat di cerna dengan cepat. Satu lagi aspek penting ialah tumbuh-tumbuhan seperti itu akan merosakkan sistem penghadaman kita dan akan merosakkan saraf dan usus manusia.Agama Buddha hanya mengesyorkan pengikutnya untuk makan sayur-sayuran berdaun, sayur-sayuran berbuah, dan buah-buahan yang bersih dan suci.

Hindu

Kebanyakan orang menganggap dan mempercayai bahawa lembu tidak dimakan oleh penganut agama Hindu dan berbangsa India kerana lembu dianggap salah satu Tuhan mereka. Namun, itu merupakan tanggapan yang salah sebenarnya.Seperti yang kita fahami kebanyakan orang keturunan India tidak makan daging lembu. Orang India di sini tidak bermaksud penganut agama Hindu sahaja sebaliknya semua orang keturunan India, termasuk penganut agama Islam, Buddha, Sikh, Zen, Jainism dan sebagainya. Secara amnya penduduk di India jarang makan daging lembu dari zaman dahulu lagi.Selain itu, apabila seorang bayi lahir ke bumi ini hanya dua jenis susu yang boleh diminum oleh bayi tersebut iaitu susu ibunya dan susu lembu, bukan sahaja bayi malah kanak-kanak dan orang dewasa pun turut minum susu lembu oleh itu lembu betina dihormati sebagai ibu di India.Haiwan ini dihormati oleh masyarakat India kerana jasa dan khidmatnya.Selepas seorang ayah lembu jantanlah yang berkerja keras untuk menghasilkan bekalan makanan untuk keluarga tersebut oleh itu lembu jantan dihormati sebagai ayah di India.Sewajar kita harus menghargai jasa haiwan yang banyak membantu untuk melakukan kerja kerana dengan adanya haiwan-haiwan sebanyak kerja manusia menjadi ringan lebih-lebih lagi kerja di tengah panas selain bebanan kerja yang berat.

Penwajaran pengagihan makana kepada golongan yang kurang bernasib baik
Setiap hati malayasian menjamu makan makanan berkhasiat dan menjalani gaya hidup yang sihat.Bagaimanapun,  bukan semua orang bertuah seperti kita. Congo, Liberia, Burundi adalah tiga negara yang paling miskin di dunia. Harga makanan di sana sangat mahal, menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk membeli makanan berkhasiat. Mereka kekurangan sumber protein seperti daging, ayam dan ikan. Kesannya, ramai penduduk yang menghadapi malnutrisi dan penyakit kekurangan zat. Oleh itu, adalah wajar bagi kita untuk mengagihkan makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik di sana.Di negara kita, mungkin juga terdapat segelintir golongan yang sangat miskin . Contohnya golongan gelendangan yang hidup meminta sedekah dan ehsan daripada orang awam. Mereka tiada wang untuk membeli makanan berkhasiat. Bantulah golongan gelendangan ini dengan menyumbangkan makanan kepada mereka.  Jika mereka makan makanan berkhasiat,  mereka mempunyai tenaga yang cukup untuk berkerja dan menyara keluarga mereka. Secara tidak langung, dengan mengagihkan makanan kepada golongan miskin, dapat membantu meningkatan tahap sosiol ekonomi mereka.